You can replace this text by going to "Layout" and then "Edit HTML" section. A welcome message will look lovely here.
RSS

30 April 2011

KoLeJ MARA KuLiM

assalamualaikum all bloggers n readers...
bismillahirrahmanirrahim,,in the name of Allah,The Most Gracious n Merciful...

Kolej MARA Kulim??...hmm...alhamdulillah dapt tawarn matriks
di KULIM... ~_<

~BADGE~


~IN FRONT OF THE COLLEGE~


rasenyer,,miss blog pergi kowt..
semntara menunggu keputusan UPU...

doakan miss blog yer...miss blog nk sangat dapt UIA or USIM...


i want to b a DOCTOR.. it is fardhu kifayah ,right?..

^_^

hope my dream will come true~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

28 April 2011

HaD reM0vED mY bLoG's sOnG

assalamualaikum to all bloggers n readers...
Bismillahirrahmanirrahim... In the name of ALLAH,The Most Gracious n Merciful

jangan tekejut sebab xdengar bunyi lagu kt blog miss blog ye...
bukan lappy kome gelong...tapi miss blog da buang lagu nyer...=)
hermm :D feel very happy...

terima kasih kepada kawan yg suggestkan supaya xdak perlu bubuh
lagu di blog... brilliant idea! great..!

sebab ape buang??..
sebab ase mcm mengganggu pendengaran n feeling jer...kan3?.
so,rase nyer,,sume okay an?..
roger2?..haha



miss blog~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

26 April 2011

TeOri 2:: DAJJAL adaLaH ManuSiA berJaSaD

 hmmm,,,,okayh,,ni pula teori 2 tentang dajjal


Pandangan kedua ialah Dajjal adalah manusia berjasad dan sememangnya teori atau tanggapan yang paling banyak dipegang oleh seluruh umat Islam.

Pada zaman dahulu, umat Islam percaya bahawa Dajjal adalah suatu makhluk hidup yang ganas yang akan muncul pada akhir zaman. Menghancurkan setiap manusia yang tidak patuh kepadanya. Dajjal juga dianggap berbadan besar, bertaring, ganas dan menakutkan.

Tapi kini semua itu telah mula diperbaiki setelah berlaku beberapa penemuan-penemuan manuskrip dan kajian yang menyeluruh terhadap permasalahan Dajjal. Pemikir-pemikir Islam kini mula mengkaji kitab-kitab Injil asli dan Taurat asli sambil mengutip pandangan-pandangan ulama’-ulama’ Yahudi yang percayakan akan kewujudan Dajjal pada akhir zaman.

Hasil kajian yang menyeluruh membuatkan seorang pengkaji terkenal Muhammad Isa Dawud mengemukakan teori barunya berkenaan Dajjal. Teorinya masih berpegang kepada teori lama iaitu Dajjal adalah makhluk hidup yakni manusia, bezanya dari segi identiti dan pertumbuhan Dajjal. Berikut adalah teorinya.


Nama Asal Dajjal : As-Samiri (diambil dari al-Quran, Injil & Taurat)

Tempat Asal : Samirah, Palestin (diambil dari manuskrip)

Tarikh Lahir : 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa (dari manuskrip kuno)

Umur : berumur panjang & masih hidup (dari al-Quran, hadith & manuskrip kuno)

Tempat Tinggal Dahulu : Sebuah pulau batu antara Syria dan Iraq (hadith & manuskripkuno)

Tempat Tinggal Sekarang : Segitiga Bermuda (pendapat Jin Islam, sarjana barat, ulama’ Yahudi & manuskrip kuno) 

wallahualam....

miss blog~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TeOri 1::DAJJAL adaLaH satU bnTuk IdeOLoGi

 assalamualaikum to all bloggers and readers...
okayh,,now,,miss blog nk wat entry pasal DAJJAL!!

pernah dgarkan dajjal ni....okayh,,,jemput2 bace ye....

saya pernah terbaca satu article dari seorang penulis indonesia yang berpendapat bahawa dajjal itu sbnrnya telah muncul pada zaman ini. bukti kemunculan dajjal telah banyak dilihat dan ianya sama seperti perumpamaan dalam Al-Quran.

antaranya;
“dajjal bermata satu”, itu boleh dilihat pada simbol illuminati iaitu the ‘all seeing eye’

“dajjal boleh menyebarkan maklumat sepantas kilat”, itu adalah internet.

“dajjal boleh membelah gunung-ganang”, itu boleh dikaitkan dengan senjata-senjata moden seperti bom nuklear dan sebagainya.

“dajjal boleh bergerak seperti angin”, boleh dikaitkan dengan jet pejuang yang memusnahkan orang islam.

“segala pembohongan dajjal akan dipercayai semua orang” ini boleh dikaitkan dengan kejadian 11 september, dimana runtuhnya wtc. ramai yg menganggap ia dilakukan oleh orang islam yg dianggap ekstrimis padahal ia dilakukan oleh golongan illuminati. buktinya

“apabila bertemu dajjal, orang islam sanggup tidak mengaku islam” itu boleh terjadi apabila tentera yahudi/amerika ingin membunuh orang islam sahaja di muka bumi ini, tidak mustahil ramai orang islam yg akan tidak mengaku islam sedangkan orang-orang islam sekarang telah banyak melakukan perkara yg membawa kepada murtad.

pada pendapat miss blog, lebih baik kita menganggap bahawa dajjal itu memang telah muncul kerana dajjal tidak akan mengaku bahawa dirinya itu dajjal dan kita tidak akan tahu bagaimana rupa bentuk dajjal itu…tahu-tahu hari pembalasan telah tiba.

sekiranya kita tahu bagaimana rupa bentuk dajjal itu, sudah tentu mudah bagi kita untuk bertaubat dan membuat persediaan….bukan?

maka, eloklah kita membuat persediaan lebih awal dan anggaplah dajjal itu telah wujud kerana buktinya amat ketara.

miss blog~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VideO kLiP arTis2 ILLUMINATI~!!!

assalamualikum...okayh...video klip nie tengok melalui You Tube taw..
takut tergangu ngn nasyid kt blog Miss blog pula...=)
dengar baik2...

rasenye itu sahaje video yg miss blog boleyh paparkn di sini...
kalo nak tenok lebih bnyak lagi..sila search di You Tube erk,,,

*p/s:: baca dulu post miss blog ILLUMINATI(1) dan LADY GAGA 2 dlu...

nauzubillah....moga kita terpelihara daripada segala tipu muslihat ni...
salam sayang dr miss blog =)




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ILLUMINATI daLaM viDeO KliP "LADY GAGA"???

assalamualaikum to all bloggers and readers..
bismillahirrahmanirrahim,,in the name of Allah The Most Gracious n Merciful..

entry kali ni sambungan dari ILLUMINATI(1)
*baca jgn xbaca =)


hmmm,,,LADY GAGA??..asenye sume kenal ngn cik Gaga ni....
Miss Blog bawu saja research tentang video2 cik Gaga dan illuminati ni...
kalau u all nk tawu cik Gaga salah seorng ahli illuminati yg PALING BERPENGARUH so far ni...

Dalam  salah satu video dia,iaitu "ALEJANDRO" .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”



Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .

Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..

Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..



But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .

Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminatiThe All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannyaoleh Gaga si illuminatist tak guna .



Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”

Maksud lirik ni pulak .A halo’ bermaksud ia dianggap “suci”(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .

Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .

Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?



( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Miss Blog  kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . 

Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai “Cross Of St.Peter”, untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,


Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..






Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .

“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .


Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don’t call my name ,Don’t call my name, Bye Fernando .

I’m not you’re babe , I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.

Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..





I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataanFernando ,Gaga membuat simbol tangan (yang jelas merujuk kepada Jesus) macam tu .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. 

Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

” Don’t call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus) ”

Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .

Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. 

Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.

Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.

Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah …

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .

Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .sumber asal : vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya” (Al-Isra’ 17:36)

Petikan dari blog beautifulnara.com……


 miss blog~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 April 2011

ILLUMINATI (1)

assalamualaikum to all bloggers and readers.. =)
bismillahirrahmanirrahim..In the name of ALLAH,the Most Gracious n Merciful...
kali ni miss blog nak story mengenai 

"illuminati"
 hmm,,mesti ade yg xpenah dgar an??..miss blog pon bawu je tawu pasal bnde ni...
thanx very much to my frenz *syika yg suggestkan miss blog wat entry pasal illuminati nie...

definisi illuminati

illuminati juga dikenali sebagai------>

"New World Order(NWO)" dan juga "Shadow Government"

 
Perkataan illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan illuminati yang dianggotai oleh oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula illuminati bermaksud al-Nuraniyin.  

Nama illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.

Untuk pengetahuan semua, illuminati adalah nama kepada kumpulan, moden dan sejarah, nyata dan rekaan atau khayalan, pengesahan dan tuduhan. Rumit bukan untuk memahami apakah itu sebenarnya illuminati? 

Walau bagaimanapun, kebiasaannya merujuk dan khusus kepada Illuminati Bavarian, merupakan rahsia baru dalam semua rahsia masyarakat di dunia. Semuanya merujuk kepada tuduhan bayang-bayang organisasi yang berkonspirasi yang mengawal dunia dengan perkara yang tidak diketahui ramai.

Selalunya di zaman moden kepada penerusan dan jelmaan illuminati Bavarian. Kadangkala illuminati digunakan seerti dengan “New World Order (NWO)”. Gerakan atau pertubuhan ini sebenarnya adalah rentetan dan kesinambungan daripada Gerakan Freemansory.

Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dolar Amerika Syarikat berharga USD 1.00. Lambang yang ada pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.


Matlamat "Illuminati"

Berikut merupakan matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berpelembagaan.

2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka.

3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian.

4. Menghapuskan semangat nasionalisme.

5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia.

6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.




Illuminati; agenda tersembunyi memusnahkan Islam di era globalisasi! Contoh yang paling mudah untuk dibuat tamsilan ialah globalisasi di mana ia adalah satu proses menunjukkan dunia dalam setiap sektor dengan satu acuan kemanusiaan tertentu.

Globalisasi mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata. 

Globalisasi adalah istilah lunak yang mereka gunakan untuk mengantikan imprialisme & penjajahan. Bijak bukan? Sedap di pendengaran kita perkataan globalisasi itu sendiri tetapi azab menanti kita suatu hari nanti jika kita lalai meneliti apakah yang sebenarnya globalisasi! 

Tingkahlaku harian kita pada hari ini banyak mengikut arus globalisasi yang diwar-warkan dunia Barat dan tidakkah kita sebagai Muslim yang berfikir mengabungkan cara hidup Islam atau “the way of Islam” di dalam arus permodenan globalisasi selagi ianya tidak melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.

Jika mereka bijak dengan strategi agenda mereka, mengapa tidak kita? Ternyata bukan, Illuminati merupakan salah satu agenda tersembunyi pihak musuh Islam memperbodohkan minda kita dan membolak-balikkan hati dan jiwa kita. Keresahan kita bukan pada resahnya di akhirat sana tetapi lebih resah dan tertumpu kepada hidup di dunia sementara ini.
Jika pihak musuh Islam ini rancak dengan agenda-agenda tersembunyi mereka bagi menghancurkan kita, mengapa kita tidak membuat persediaan dan rancangan-rancangan atau method-method tertentu bagi mendepani mereka.
Jangankan sehingga Allah s.w.t murka dengan makhluk yang berakal ini lebih-lebih lagi umat Islam dan jangankan sehingga Rasulullah s.a.w malu dengan sifat umatnya pada zaman ini.
Na’uzubillah…Wassalam.




miss blog~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

24 April 2011

jiKa BeLum BeRseDiA....CinTaiLaH diA dALaM DiaM ^___^

Jika Belum Bersedia, Cintailah Ia dalam Diam........


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya...

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu...
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu...

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya...
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah Allah swt. pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan...
kekuatan harapan...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya???

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam...

jika dia memang bukan milikmu, redha lah dengan sebaiknya kerana melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

biarkan 'cinta dalam diammu' menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dan Sang Pemilik hatimu.......

sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu wahai ukhty dan biarlah cintaku terhadapmu hanya Allah saja yang tahu.......

Wallahu'alam.................

miss blog~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KisaH LoVe ~~




Awk rapat-rapat dgn sy..syg awk!

Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri ini~~


miss blog~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS